Monday, February 20, 2012

**KAEDAH MERANCANG KEHAMILAN**

Agak-agaknya la kaedah mana korang akan ambil. Aku ade cuba salah satu daripadanya and believe me ade effect jugak dan ade jugak ter'accident. Salah satunya...berat badan aku dh naik..selera makan bertambah (cuba jugak untuk kurang nafsu makan tp misi masih blum berjaya..huhuu)..part-part kat badan pulak ade yg dh berkembang sana sini (especially my pinggul mmg mengacam beb..heehhe)..period totally off x dtg langsung..badan ade rs sengal2 (nk2 klu ko dh timing time period ko yg sepatutnya)...emo pun ade..perasaan utk bersama pun mungkin berkurangn (cam tak syok pulak ek).

Jadi, sekarang di fikiran aku masih mencari jalan yg lain untuk mengatasi masalah ini. Pls u all need some advice and experience dari u all yg penah cuba antara kaedah tersebut.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan

Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif

Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.


2. Suntikan Progestin dan Progesteron

Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


3. Implan 'Norplant"

Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


4. Alat Instrauterin (IUD)

Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:

Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.

Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.

Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

 
5. Span (Sponge)

Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

 
6. Diafram

Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.


7. Penghalang serviks (Cervital Cap)

Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.


8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)

Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.


9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)

Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)

Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)

Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)

Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom

Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.



Friday, February 17, 2012

**AHAKS! ITS 2012 ALREADY**

Wow! Time really goes fast. Tup tup its 2012 already. Now im back again after almost 1 year this blog hasn't updated anything. And why is that? A lot of commitment? I might say yes. :)..which is..:-

1. Im still working
2. Still commit as a housewife..hehehe
3. Taking care of my 4 kiddos and hubby.

I bet that is not a reason why i shouldn't update this blog right?. Well, i try my best.

 CHEERS!

Friday, January 21, 2011

*Just let it go*

Hi Y'all...

Hehehehe..pe kene ngn mood aku ari nih. Nywy..today back to work after 1 day holiday for Thaipusam . Not much things to story-mory for yesterday. We all went out to Megan Avenue at Jalan Tun Razak for the Wholesale Oakley Brands. Thanks to bro Mustakim for the info. Love the brands of its magnificant sunglesses,the bags,shoes n slippers.Quite a long lasting quality for 3-5 yrs i guarantee. Bcoz i have one of them. Damn im so liking it. But the price yesterday so reasonable and the price really goes down as they want to clear up the stock clearance. All in cash money n no credit card. I get to buy the bag and for hubby t-shirt & short pants. That should be enough. No more cash to buy laaa.hehehehe. Just grab it for the important one.Y'all also could serve through their website - http://www.oakley.com.


 After 1 1/2hrs shopping Oakley, plan to bring the kids to Playground at Alamanda, Putrajaya. On the way to get there me n hubby had chat on letting go our car (Kenari). Well its his not mine.hehehehe. It seems that our family are getting so loads (coming up soon in total 6 person ) n yes no more space to fill up the for the kids in that car. Too small n packed. So we plan to buy a new car (actually no that new) which is big (not too big), comfy, easy to get to town, big bonet (enough to put all the stuff for babies and shopping bags) hehehehe. But feel so bad to let it go.huhuhuu. A lot of memories with that car before we both got married. But thinks of the kids we do need to let it go as soon as possible. So...if anyone interested to buy or see the car pls call/sms to me or huby for futher information of this car. 

  * Contact person - Saiful (019-7741727)/ Intan (019-6307155)
  * Perodua Kenari Aerosport (Manual)- 20005
  * Price Selling - RM 22,000 (still can negotiate)
  * Accessories (CD&DVD Player, Sport Rims, Alarm, Central Lock)
  * Still in good condition and Free service already
 

Monday, January 10, 2011

*Hafiz - Noktah Cinta - AJL 25 - Final 2011*



Credit to this song.

Love the vocal and the stage presentation. Tp mmg gimik la.:)

*Sabtu & Ahad di PUTRAJAYA*

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah berpindah barang dari Kota Damansara ke Putrajaya. Sekarang ini aku sudah menetap di kuarters Putrajaya Presint 9. Nak kata Blok yg baru tak jugak la. Tapi tak kisahla yg penting ada tempat untuk berteduh untuk anak-beranak.betul tak?hehehehe. Sepanjang cuti sabtu dan ahad yg lepas mmg aktiviti mengemas umah sahaja. Tengah2 berkeadaan mak buyung mcm ni kene jugak la buat keje kan. Buat sementara ini aku hanya mengemas yg mana mampu dulu. Penat la den nk abihkan mengemas tuk 2 ari ni. Dan yg syoknye meh nk citer skit.....ptg sabtu tuh suami aku pegi workshop kt seri kembangan nk cek kereta subaru forester dia la. Diajak mmg aku tak pegi la. Baik duk umah wat pe yg patut n rehat iye dak. Then dia kata mlm nnti siap2 nk pegi pasar malam kat bangi. Aku ni ye2 la tak masak tuk malam tuh. Pe lg mlm tu tgu2 gak sampaila budak2 ni dh tido. Cian derang . Aku dh cakap jgn tido suh tgu abahnye blik. Tapi nk wat cmne. Aku pun sekali dh tertido. hehehe. Tup2 kul 9 lbh dia br sampai umah. Aku mmg dh majuk skit la. Plan nk pegi pasar malam kat bangi mmg dibatalkan. Tiba-tiba jek dia tanye pasar kat chow kit road buka tak mlm2 nih. Aku pun tertanye2 gak la. Watpe gi sana. Kalu takat nk pegi pasar baik aku pegi esok pagi kat Presint 8 tuh. Dh pun dia kata saje gi jalan kt KL kut murah kat sana. Ikutkan aku mmg tak nk pegi la coz dh lewat mlm. Tapi memandang perut ku ni dh berkeroncong kuar jugak la.Pukul 11.45 malam kiteorg kuar ke KL. Aduh ini la first time kuar lewat2 mlm ngn ank2 yg dh tido, perut tgh lapo dan mata yang masih mengantuk. Kalu dh arah ke KL mmg aku la GPS kepada suami aku. Ramai jugakla manusia2 kt Chow kit ni ekk. Beli Ayam kat sana hage RM7 tuk skilo. Kalu kt tmpat cmne lak ek? Berbaloi ke smpai beli barang basah kt pasar chow kit nih. Pe2pun tak nk la cite panjang la sgt. Pas abih bershopping situ tgh blur pulak nk makan kt mana. Last2 on the way nk blik ke putrajaya singgah ke bangi kedai mamak tapau makanan jek. Smpai umah adela dlm kul 2.30pagi. Mak aiiii..tak sedar dh smp ke pagi cmtu. Nasib baik la budak2 ni merenget. Ahad pulak mmg confim tak nk pegi mn2. Duk umah nk layan AJL25 malam tuh.hehehehe.

Friday, January 07, 2011

** 20 Weeks **

Semalam pegi check-up kt klinik Putrajaya. Minggu ni aku dh masuk 20 minggu. Cepat betul masa berjalan. Tup2 perut pun dh nampak beso skit. Kebetulan pulak Aisyah demam tak sihat. Pe lagi Ibu dan anak pegi klinik check skali. Smpai klinik dlm kul 8.45 pagi. Mcm biasala kalu pegi awal atau lambat nk menunggu gilirannya tuh mak aii mmg lama gilerr. Dh air-cond kt klinik tuh berfungsi. Si Aisyah pulak dh merenget cakap 'panasla ibu'. Padahal aku pun panas jugak.hehehe. Check air kencing ok. Time tuk Hb pulak tade peningkatan sgt. Tu pun dlm  Hb8.7. Kalu ikutkan Hb10 ke atas adalah lbh baik tp aku punye yg amat teruk n automatically aku mmg ade anemia. Minggu lepas aku ade amik darah just to check samada aku ade penyakit talesmia. Darah tu akn dihantar ke HUKM untuk derang buat kajian. Ya ampun mudah2an takde ape2 la. Nk tgu result pun dlm 2 bln lg. Aku dh cuba mkn ubat yg betul. Makan pun tade masalah. Adakah stress? 2 minggu lg kene gi check-up lagi.Arap2 Hb aku akn naik. Ya Allah, Kuatkanlah semangat dan kesabaran ku ini. Amin.