Sunday, December 21, 2008

**AMIR MUKHLISH BIN MURSYIDY**

                                                                       AMIR MUKHLISH   

  
Just like chinese face

Almost 1 week i havent wriiten any story on this blog. Nyway for the good news is my sis had just delivered a baby boy on 12 December 2008, Friday at 11.24pm with the weight of 2.95kg,normal delivery..Alhamdulillah both of mother n son are in good condition and the baby is also healthy. Muka sebiji macam cina. Kalau diikutkan sapela dalam familyku yang ikut macam muka cina ekk..hmmm ni mesti berkenan ngn orang cina mase mengandung. Very cute little boy si Amir ni. Tapi sayangnya, aku baru saje tahu khabar berita itu dari Facebook pada isnin lepas. Telefon rumah dah la rosak n maybe family tak tahu mobile fon aku. Nywy i still call on my bro to congrats my sis and also talk over with my mom and dad. Rindu sangat pada mereka. Kalau dh tinggal berjauhan ni tangisan airmataku mesti nak mengalir tapi apakan daya hanya dapat menahan aje. Sejauh manapun aku berada..family tetap berada di hatiku. Tidak pernah aku melupakan mereka. At last mama n papaku dapat jugak cucu sepasang. iyela 2 laki dan 2 perempuan. Nampaknya ijam pun sudah ade geng sepupu lelaki. Cuma bile la agaknye mereka ni boleh berjumpa. Rindu bangat aku pada kedua2 anak buahku ini. Ku ucapkan selamat berpantang kepada kakakku Nury. Semoga dengan kehadiran anak kedua ini memeriahkan lagi suasana family dan kebahagian family yang penuh harmoni. Congrats again to u along, abg mus and balqis..May god bless u always sis...

Tuesday, December 09, 2008

**Hari Raya Aidiladha**


Salam buat semua umat islam dan juga teman-teman. Disini ien ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambut pada hari ini. Semestinya ramai yang telah balik ke kampung untuk meraikannya bersama-sama keluarga. Cuma bagiku disini tidak ada sesape. Walaubagaimanapun ini adalah tahun yang kedua aku raikan disini. Sambutannya tidak lebih kurang seperti di Malaysia. Sembahyangnya disini sama juga. Perasaan sedih juga ada yang timbul. Tapi nak buat macam mana. Kalau sudah duduk di perantaun orang, kenala pandai-pandai jaga diri. Kalau hendak mati pun dimana-mana sahaja boleh berlaku. Tetapi redha dan terima semua itu. 

Pukul 7.30 pagi aku and family pergi ke Masjid untuk menunaikan solat hari raya haji. Kalau pergi pun aku takkan bawa dengan tangan kosong. Aku bawala sedikit kuih-muih untuk dimakan bersama-sama orang masjid. Ramai juga yang datang ke masjid. Kalau nk tahu orang Papua New Guinea pun ada jugak yang muslim. Cuma keadaan cuaca disini agak panas. Jadi macam-macamla bau orang hitam nih.hehehe..nasib baik ijam dan aisyah tak meragam.  Setelah selesainya sembahyang masing-masing memberi salaman dan kucupan. Ada yang teresak-esak menangis, berteriak dan ada yang gembira dengan kesyukuran. Aduh..jam aku dibuatnya.hehehe..


                                                Menu di pagi raya...ala2 sederhana jek

Sunday, December 07, 2008

**SaTurDay MorNing**



Saturday hmmm...as usual awal-awal pagi dh bangun. Walaupun time cuti, ada saja keje yang hendak dibuat. Termasuk lah Aisyah yang paling awal sekali bangun time pagi nih. While waiting for abah epul to finish washing and shining the car, sempat lagi aku membuat kuih for breakfast. The menu for today is APAM BALIK. Hah sape kata aku tak boleh buat apam balik. Kalah org2 yang buat kat pasar malam..hehehehe(puji diri sendir jek la). Nyway memang seronok buat apam balik nih, walaupun kat sini tade pasar malam macam kat Malaysia, terpaksa buat sendiri la.Bahan-bahannya pun senang nak cari. Resipi ini diberi dan diajar oleh mama kesayangan aku (Puan Azizah Hussin). Untuk pertama kali membuatnya memang agar sukar, tetapi kalau sudah menjadi kebiasaan membuatnya di waktu yang terluang, insyaAllah ia akn menjadi dan berjaya. Thank you mama for your tips and guidence for this resipi. Sememangnya memang sedap dan senang dibuat. I would like to share this recipe kepada sesapa yang ingin mencuba apam balik nih. Simple, easy and ready to eat. Bon Apetite!


                                                   



*Apam Balik*

Bahan-bahan :

3 cawan- Tepung Gandum
3 atau 3 1/2 cawan- Air
1/2 cawan- Gula
2 biji- Telur
4 sudu makan- Butter
1 camca kecil- Baking Powder
1 camca kecil- Soda Bikarbonat

Untuk Topping :

- Gula Castor
- Kacang Tanah (diblender halus)
- Jagung Berkrim (Creamy Sweetcorn boleh di dapat dimana2 kedai)
- Chocolate Rice (optional)

Cara membuatnya :

  1. Campurkan semua bahan-bahan. Kemudian diblend sampai halus.
  2. Perapkan adunan tersebut selama 1 jam.
  3. Selepas itu, panaskan non-stick pan (jikalau tidak ada acuan apam balik, non-stick pan juga boleh digunakan. Saiz besar atau kecil mengikut citarasa anda). Untuk mengelak dari melekat, sapukan sedikit marjerin.
  4. Ambil 1/2 senduk besar dari adunan tersebut dan dimasukkan ke dalam pan.
  5. Taburkan gula castor. Tunggu selama 2minit, kemudian taburkan kacang yang diblend dan jagung berkrim ke dalam pan itu.
  6. Tunggu sehingga ia masak dalam keperangan. Kemudian boleh diangkat dengan menggunakan pisau roti.
  7. Untuk menambah selera lagi anda boleh taburkan chocolate rice. (Boleh lihat gambar yang ditetera diatas).
 
~ Selamat Mencuba~







Friday, December 05, 2008

ChRisTmas Party at Tot's School


Salam buat teman-temanku...terima kasih kerana sudi mengjenguk2 ke blog ini. Actually sudah lama ien nk updatekn blog ni, tapi ada je halangan yang tidak dapat dielakkan. Iyelah, memandangkan skang ni sudah ade anak 2 macam2 perkara yang harus diutamakan dulu.Walaubagaimanpun untuk memenuhi permintaan dari semua teman2 i will try my best to updated my blogsite every single day on my routine day of life. Thanx to all friends yang banyak memberi dorongan dan ajakkan untuk menulis blog ini. Hope kite dapat share pengalaman and moment event.

For today event, ien biasanya akan bawa Ijam & Aisyah ke Tot's School(ala-ala pre-school) setiap hari Khamis di Yacht Club,Port Moresby. Bermula dari pukul 9pagi-11pagi. All mommies2,makcik2,pakcik2,sedara2 pun leh join..hehehe.Sekali-sekala nak jugak bawa diorang ni berjalan-jalan. Kasi minda meluas lagi. Di PNG (Papua New Guinea) pe la ade nak dikatakan. But for sure tinggal kat sini memberi peluang yang banyak untuk kita melapangkan masa dengan anak-anak dan suami. More quality time for them. Tidak mengapa kalau nak tahu mengenai PNG nih ien akan updatekan pada masa yang akan datang. Yang rasa tak puas hati hari ini ialah ada Christmas Party kat sekolah. Aduh..diorang ni dah la tak hantar emel informing pasal party ni. Bukan ien saje ada jugak mommy2 yang tak dapat. Datang pulak dengan tangan kosong. Kebanyakkan ahli-ahli yang handle sekolah adalah orang baru pada tahun ni. Jadi kelam kabut sikitla arrangement nya. Macam mana pun datang ke sekolah macam biasa jek. Kebanyakkan yang hadir ke sekolah ini tergolong dari orang2 yang elit la. Ala2 membership kt Yacht Club. Ada yang datang dari China, Jepun, Perancis, Filipina, Thailand, Cambodia, Laos, England and mostly dari Australia. Tapi org2 Malaysia pun ade jugak. Memang seronok menghabiskan masa di sini. Bukan saja dapat berjumpa dari pelbagai bangsa tapi dapat belajar dan berkongsi bahasa,masakan,e.t.c. Ijam pun makin lama mendapat kawan yang ramai. Seronok dengan child life. Aktiviti yang selalu diorang buat seperti painting, artwork, reading time, dancing & singing. Makanan dan minuman disediakan oleh kelab itu. 
 
Celebration tahun ni tak sama macam tahun lepas. Dulu ade santa claus bagi2 hadiah..tahun ni hampeh. Kalau Ijam jumpe santa..mesti nangis la..hehehehe hadiah pun tak dapat. Kesian Ijam melihat kawan2 yang dapat hadiah.Yang penting dapat makan aje.hehehe..Oklah rasanya sampai disini dulu..untuk blog yang pertama ni kalau sesape yang ingin comment atau memberi pandangan silala ajukan ek..hehhehe..tata