Sunday, December 07, 2008

**SaTurDay MorNing**



Saturday hmmm...as usual awal-awal pagi dh bangun. Walaupun time cuti, ada saja keje yang hendak dibuat. Termasuk lah Aisyah yang paling awal sekali bangun time pagi nih. While waiting for abah epul to finish washing and shining the car, sempat lagi aku membuat kuih for breakfast. The menu for today is APAM BALIK. Hah sape kata aku tak boleh buat apam balik. Kalah org2 yang buat kat pasar malam..hehehehe(puji diri sendir jek la). Nyway memang seronok buat apam balik nih, walaupun kat sini tade pasar malam macam kat Malaysia, terpaksa buat sendiri la.Bahan-bahannya pun senang nak cari. Resipi ini diberi dan diajar oleh mama kesayangan aku (Puan Azizah Hussin). Untuk pertama kali membuatnya memang agar sukar, tetapi kalau sudah menjadi kebiasaan membuatnya di waktu yang terluang, insyaAllah ia akn menjadi dan berjaya. Thank you mama for your tips and guidence for this resipi. Sememangnya memang sedap dan senang dibuat. I would like to share this recipe kepada sesapa yang ingin mencuba apam balik nih. Simple, easy and ready to eat. Bon Apetite!


                                                   



*Apam Balik*

Bahan-bahan :

3 cawan- Tepung Gandum
3 atau 3 1/2 cawan- Air
1/2 cawan- Gula
2 biji- Telur
4 sudu makan- Butter
1 camca kecil- Baking Powder
1 camca kecil- Soda Bikarbonat

Untuk Topping :

- Gula Castor
- Kacang Tanah (diblender halus)
- Jagung Berkrim (Creamy Sweetcorn boleh di dapat dimana2 kedai)
- Chocolate Rice (optional)

Cara membuatnya :

  1. Campurkan semua bahan-bahan. Kemudian diblend sampai halus.
  2. Perapkan adunan tersebut selama 1 jam.
  3. Selepas itu, panaskan non-stick pan (jikalau tidak ada acuan apam balik, non-stick pan juga boleh digunakan. Saiz besar atau kecil mengikut citarasa anda). Untuk mengelak dari melekat, sapukan sedikit marjerin.
  4. Ambil 1/2 senduk besar dari adunan tersebut dan dimasukkan ke dalam pan.
  5. Taburkan gula castor. Tunggu selama 2minit, kemudian taburkan kacang yang diblend dan jagung berkrim ke dalam pan itu.
  6. Tunggu sehingga ia masak dalam keperangan. Kemudian boleh diangkat dengan menggunakan pisau roti.
  7. Untuk menambah selera lagi anda boleh taburkan chocolate rice. (Boleh lihat gambar yang ditetera diatas).
 
~ Selamat Mencuba~







3 comments:

nmmy84 said...

wah ien.harus cuba ni.pandai ien.sebijik macam yang jual kat malaysia.boleh bukak kedai :P

lulu jr said...

yummy.
ibu yang rajin.
:)

alladiin said...

tq..saya pun minat..saya copy k..